Pages

Subscribe Twitter

Tuesday, November 8, 2011

AidilAdha 2011



Pengertian Qurban..

Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Islam

  • Merdeka (Bukan hamba)

  • Baligh lagi berakal

  • Mampu untuk berqurban


HIKMAH DAN FADHILAT

  • Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.

  • Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

  • Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.

  • Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.

  • Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.

  • Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."



Salam Aidil Adha kawan2 :)
Aidil Adha tahun ni sgtlah bermakna dlm hidup i,dpt menunaikan niat sendiri & niat terakhir
Arwah Abah..Arwah ade berniat nak buat korban pd thn lepas sebelum beliau jatuh sakit,tapi x sempat...jadi tahun ni saya berkongsi dgn Abah & Hubby utk buat Korban di kampung Hubby.

Bila tgk semangat gotong royong family hubby, mmg best!! Mak mertua siap pasang canopy..
Kami sembelih lembu depan rumah mak mertua & disembelih oleh bapak mertua tiri i sendiri...Umur dah 80+ tapi masih kuat lagi...

Selesai dilapah, i diberi penghormatan oleh Mr.Husband & familynyer utk bahagikan daging kepada org kampung yg dtg...kami pun pakai sistem kupon jgk mcm kat surau tau...Pink kaler lagi..huhu!

Tghari tu selaku menantu pilihan yg vouge lagi rajin, potong daging dkt 10 kilo & prepare utk msk tghari,kat kg mkn tghari pun main kawah jer...adik beradik husband ramai..kuali2 ni x main..
Malam tu ade buat doa selamat sikit,jemput org surau, kami kenduri sup tulang + bihun..slurppp! Meriah btul malam tu...

Semua gambar2 yg ditayangkan ni dr camera adik2 ipar jer...i bwk camera tapi x dan nak snap,
so camera tido jer dlm keter...

Nampak mcm nak show off payung baru x?hehe...sediakan payung sblm ujan...




No comments:

Post a Comment